Biografi Vivian Rubiyanti

Awal hidup

Vivian lahir 1 Januari 1944 kepada Khan Kiam Lee dan Auw Roontji Nio yang berwarganegara China saat dilahirkan, namun Perjanjian Kewarganegaraan Ganda Indonesia-Tiongkok pada masa itu membenarkan beliau memegang status sebagai "Warga Negara Indonesia". Beliau memiliki salon kecantikan di Kebayoran Baru, Jakarta Selatan bernama Robby Remaja, dan beberapa asistennya kemudian menjadi dikenal di kalangan bidang pekerjaan kecantikan Indonesia, salah satunya Rudy Hadisuwarno.

Proses penukaran gender

Pada bulan Januari 1973, Vivian menjalani pembedahan ganti kelamin di Rumah Sakit Kandang Kerbau (kini KK Women's and Children's Hospital), Singapura.[4] Setelah itu, beliau kembali ke Indonesia dan mengajukan permohonan formal ke Pengadilan Negeri Jakarta Barat untuk mengganti nama dan jenis kelaminnya secara hukum. Pada saat itu, belum ada undang-undang yang mengatur mengenai prosedur tersebut. Peguamnya Adnan Buyung Nasution dari LBH Jakarta, berargumen bahawa ketiadaan undang-undang tidak membatasi hak Vivian untuk mencari pengakuan hukum tersebut.[3]

Beberapa ahli yang memberi kesaksian dalam pengadilan, salah satunya adalah ahli teologi dan pendeta Eka Darmaputera yang menhujahkan bahawa menurut keyakinan Kristiani, Tuhan menginginkan semua manusia untuk bahagia; maka dari itu, gerejanya mendukung usaha Vivian.[5] Cendekiawan Islam terkenal Haji Abdul Malik Karim Amrullah turut berhujah menyokong Vivian dengan alasan bahawa keinginan Vivian untuk berganti jenis kelamin sesuai dengan ajaran Islam, "[s]ebab ajaran Islam mengajarkan bahawa manusia dengan ilmunya haruslah dipergunakan untuk kemaslahatan kehidupan manusia itu sendiri."[2]

Hakim kemudian mengabulkan permohonan Vivian, di mana pengenalan barunya sebagai perempuan rasmi diakui oleh pemerintah Indonesia.

Pasca-penerimaan

Di dekade 1970-an itu, ia mendirikan toko sepatu Vivian di Pasar Hias Rias Cikini.[6] Pada 1975, dia menikah dengan Felix Rumayar di sebuah gereja Katolik Jakarta,[4] dan berhenti bekerja di salonnya, pindah ke Yogyakarta dan bekerja untuk syarikat Viva Kosmetik.[7] Beliau bercerai dengan Rumayar tidak lama kemudian sebelum beremigrasi ke Australia.[3]

Beliau turut tampil dalam suatu filem berdasarkan kisah hidupnya Akulah Vivian yang terbit pada 1977.[4] Ben Murtagh (2013) dalam analisisnya terhadap filem tersebut berpendapat bahawa Vivian tidak melihat dirinya sendiri sebagai anggota masyarakat waria, tetapi justru memahami bahawa dirinya telah mapan di salah satu sisi dari perduaan gender lelaki dan perempuan.[4]

Kes Vivian telah menjadi suatu tonggak duluan jurisprudensi undang-undang Indonesia pada tahun-tahun berikutnya, terutama untuk permohonan untuk mengganti jenis kelamin secara sah.[8][9]

Rujukan

WikiPedia: Vivian Rubiyanti http://www.plarideljournal.org/wp-content/uploads/... //www.worldcat.org/oclc/1040074423 https://books.google.ca/books?id=NU37AAAAQBAJ https://books.google.ca/books?id=rZLZfojUqX0C&pg=P... https://books.google.ca/books?id=v9QEBAAAQBAJ https://majalah.tempo.co/read/63972/demonstrasi-ko... https://pascasarjana.uai.ac.id/wp-content/uploads/... https://historia.id/kultur/articles/viva-vivian-6a... https://tirto.id/putusan-soal-ubah-status-kelamin-... https://www.worldcat.org/oclc/1040074423